Posts

Showing posts from September, 2020

IT'S WORLD CONTRACEPTION DAY : 26TH SEPTEMBER EVERY YEAR

Image
It's World Contraception Day. Contraception and family planning information and services are life-saving and important at all times. Sexual activity does not stop with the COVID-19 pandemic. Access to contraception is a fundamental right.

INGIN HAMIL? : AMBIL ASID FOLID (VITAMIN B9) SEBAGAI PERSEDIAAN

Image
Anda Ingin Hamil Mulakan persediaan dengan pengambilan suplemen asid folik dan makanan yang mengandungi tinggi asid folik. Asid Folik amat penting bagi perkembangan awal janin dalam pembentukan saraf tunjang iaitu seawal 12 minggu pertama. Asid folik perlu di ambil 3 bulan sebelum anda merancang untuk hamil dan diteruskan disepanjang kehamilan.

JANTUNG : JANGAN MEROKOK

Image
Sekiranya anda adalah bekas perokok, risiko penyakit jantung koronari berkurang dengan ketara dan dalam masa 15 tahun berhenti merokok, risiko mendapat penyakit jantung adalah sama seperti bukan perokok. Tidak merokok akan membantu memperbaiki kesihatan dan persekitaran anda. Dapatkan nasihat pakar profesional melalui perkhidmatan mQuit sekiranya anda ingin berhenti merokok. Sayangi Jantung, Jangan Merokok.

JANTUNG: HIDUP SECARA AKTIF

Image
Tekanan darah tinggi merupakan faktor risiko utama penyakit jantung kerana tiada simptom atau gejala yang menyebabkan ramai tidak sedar mereka mempunyai masalah tekanan darah tinggi. Lakukan sekurang-kurangnya 30 minit aktiviti fizikal intensiti sederhana, 5 kali seminggu. Berjalan, menari, bermain dan melakukan kerja rumah juga dikira sebagai aktiviti fizikal. Muat turun apps senama untuk mengira jumlah langkah berjalan kaki anda dalam sehari dan cuba capai 10,000 langkah sehari. Sayangi Jantung, Hidup Secara Aktif

JANTUNG : MAKAN SECARA SIHAT

Image
Penyakit Diabetes yang tidak didiagnos dan tidak dirawat di peringkat awal boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok. Oleh itu, Kurangkan pengambilan minuman manis Makan buah-buahan segar bagi menggantikan makanan atau minuman manis, Pastikan pengambilan 5 sajian buah-buahan dan sayur-sayuran dalam sehari Cegah pengambilan alkohol Hadkan pengambilan makanan diawet dan terproses Sediakan makanan berkhasiat untuk dibawa ke sekolah atau tempat kerja Sayangi Jantung, Makan Secara Sihat.

TATACARA MENGURUSKAN KES-KES LEMBAGA PERUBATAN KWSP

Image
  Pengenalan Hospital tertentu di Kementerian Kesihatan Malaysia telah dilantik oleh pihak KWSP untuk mengurus Persidangan Lembaga Perubatan KWSP. Lembaga Perubatan KWSP ini ditubuhkan untuk menentukan tahap kesihatan/kecederaan pencarum KWSP yang memohon pengeluaran wang simpanan KWSP. Senarai Penyakit Yang Diluluskan Senarai penyakit kritikal yang diluluskan oleh Lembaga KWSP adalah seperti berikut: Anggota Lembaga Perubatan KWSP Ahli Lembaga Perubatan KWSP terdiri dari 3 orang yang melibatkan: Pengerusi: Pengarah Hospital/Timbalan Pengarah/Wakil Ahli: Pegawai Perubatan Pakar dalam bidang berkenaan Pegawai Perubatan/Pegawai Perubatan Pakar Lembaga Perubatan KWSP ini dilantik oleh Pengarah Hospital. Jika tiada pakar yang berkenaan di hospital tersebut pakar dari hospital lain akan dijemput. Pengerusi Lembaga Perubatan KWSP Pengarah Hospital adalah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Perubatan KWSP. Apabila ketiadaan Pengarah Hospital, Timbalan Pengarah Hospital atau Pegawai Perubatan y

ALZHEIMER

Image
Sepanjang September setiap tahun adalah Bulan Kesedaran Alzheimer Sedunia yang diperkenalkan pada 2012 bagi meningkatkan kesedaran orang ramai. Penyakit Alzheimer adalah sejenis penyakit yg melibatkan kemerosotan fungsi sel otak secara perlahan dan berterusan dan ini bukan proses penuaan yg normal. Sejak tiga tahun lalu, penekanan diberi kepada Demensia (nyanyuk) tetapi bukan semua pesakit Alzheimer akan mengalami Demensia.

IS MY CHILD AT RISK FOR LEUKEMIA?

Image
  How do you know if your child is at risk for leukemia?

TATACARA MENGURUSKAN KES-KES DOKTOR PERKESO DI HOSPITAL KKM

Image
Pengenalan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mempunyai dua skim utama iaitu Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan. Pekerja yang ditimpa bencana dan mempunyai caruman PERKESO adalah layak untuk memohon bantuan skim tersebut. Pesakit tersebut akan dirujuk kepada Jemaah Doktor Perkeso yang ditubuhkan di hospital yang berkaitan. Sebelum dirujuk kepada Jemaah Doktor, pesakit perlu memohon Laporan Perubatan di hospital dengan menggunakan borang yang disediakan oleh Perkeso. Pemohon perlu membuat laporan bencana terlebih dahulu kepada Pejabat PERKESO yang berdekatan. Pihak PERKESO akan menentukan jenis borang Laporan Perubatan PERKESO mengikut tujuan tuntutan. Jenis Laporan Perubatan PERKESO yang biasa dibuat adalah seperti berikut: Laporan Perubatan untuk tuntutan Faedah Hilang Upaya Kekal. Laporan Perubatan Untuk Memohon Pencen Ilat Laporan Perubatan Untuk Memohon Penyakit Khidmat           PERKESO : Borang-Borang Pesakit akan menghantar Laporan Perubatan yang telah siap ke pejabat

PERMOHONAN PENCEN ILAT KE PERKESO

Image
Pengenalan Ilat adalah keuzuran yang berlaku kepada seseorang secara serius hingga menjadi kekal atau tidak mungkin sembuh mengakibatkan seseorang tidak mampu mencari nafkah seperti mana keupayaan seseorang yang normal. Menurut Kamus Dewan Bahasa, mengistilahkan ilat sebagai sebab yang mengakibatkan sesuatu kecelakaan, kerugian atau tidak dapat bekerja lagi kerana cacat anggota badan disebabkan sesuatu perkara seperti kemalangan, kecelakaan, malapetaka atau penyakit yang kronik sebagai sebab yang mengakibatkan keuzuran anggota badan yang serius.  Seseorang pekerja selain dari kategori yang dikecualikan daripada liputan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan akan menerima faedah dari Skim Keilatan yang telah diperkenalkan sejak penubuhan nya pada tahun 1971. PERKESO berperanan mentadbir, melaksana dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Peraturan-peraturan Am Sosial Pekerja 1971. Majikan berperanan melaksanakan t

BEBAS DARIPADA ASAP ROKOK MENCEGAH RISIKO 15 JENIS KANSER

Image
Rokok menjejaskan kesihatan tubuh badan anda. Malah mereka yang berada disekeliling perokok yang terhidu asap rokok turut mendapat kesannya. Rokok di tangan tidak menunjukkan kematangan atau membuatkan seseorang itu nampak 'macho'. Tetapi mereka yang ingin buang amalan merokok dan bertukar kepada gaya hidup yang lebih sihat itulah yang sebenarnya matang dan macho!

AYUH MALAYSIA KEKAL CERGAS - HAMS-SQUAD!

Image
Watch Video :   Ayuh Malaysia Kekal Cergas : Hams-Squad

TEMBAKAU DAN PENYAKIT JANTUNG

Image
Setiap tahun 1.9 juta kematian berlaku kerana penyakit jantung yang berpunca dari tembakau. Ini bersamaan satu dari lima kematian dari penyakit jantung. Merokok beberapa batang rokok sehari, perokok sosial atau pendedahan kepada asap rokok sekunder mampu meningkatkan risiko penyakit jantung. Pengurangan 50% risiko penyakit jantung boleh dikurangkan selepas setahun sekirannya pengguna tembakau berhenti merokok. Penggunaan tembakau tanpa asap pula menyebabkan kira-kira 200 000 kematian akibat masalah salur koronari jantung setiap tahun. Rokok elektronik juga meningkatkan tekanan darah tinggi yang juga meningkatkan risiko penyakit jantung. Kini, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung meningkatkan risiko penyakit COVID-19 yang lebih parah/teruk. Melalui pemerhatian WHO, 67% kes kematian COVID-19 di itali mempunyai tekanan darah tinggi dan 43% kes kematian COVID-19 di Sepanyol adalah pesakit jantung. Kawalan tembakau adalah kunci kepada penurunan kes penyaki jantung. Ia termasuk peningka

BAHAYA TIDUR DALAM KERETA

Image
Dakwaan bahawa tidur dalam kenderaan sambil menurunkan cermin adalah selamat dan boleh mengelak daripada keracunan gas adalah tidak tepat. Tindakan selamat ialah keluar dari kenderaan anda dan berehat di tempat yang mempunyai kitaran udara baik, segar dan selamat.

BAKTERIA : KANCING GIGI (CLOSTRIDIUM TETANI)

Image
Kancing gigi ataupun dalam istilah perubatannya dipanggil tetanus merupakan keadaan dimana pesakit mengalami kekejangan otot (selalunya dikawasan rahang dan leher) pada seluruh badan disebabkan jangkitan bakteria Clostridium tetani. Penyakit ini telah mengalami penurunan disebabkan pemberian vaksin dalam kalangan kanak-kanak.

HARI ALZHEIMER SEDUNIA

Image
21 September setiap tahun telah diisytiharkan sebagai Hari Alzheimer Sedunia. Ia sebagai kesedaran kepada orang ramai tentang penyakit penuaan sel otak. Tema sambutan masih menekankan penyakit Dementia kerana 60-80% pesakit Alzheimer akan mengalami Dementia atau nyanyuk.

APA YANG ANDA PERLU LAKUKAN APABILA MARAH?

Image
Tangani perasaan marah dengan cara yang betul. Jangan biarkan emosi yang mengawal diri kita. Kenal pasti punca anda marah, bincang dengan individu yang dekat dengan anda dan mendengar nasihat dari orang lain adalah antara langkah-langkah yang boleh dipraktikkan apabila anda dalam keadaan marah.

LEUKEMIA IS THE MOST COMMON TYPE OF CANCER IN CHILDREN

Image
We frequently hear stories of adults getting cancer, but cancer can affect children too. Leukemia is the most common type of cancer in children. It is a cancer of the white blood cells. The symptoms of leukemia can vary from one child to another. Here are five common symptoms to look out for. Early diagnosis and prompt treatment can improve the outcome. Talk to your child’s doctor if you’re concerned about any of the symptoms your child has developed.

ADA APA DENGAN BAWANG?

Image
ADA APA DENGAN BAWANG Terdapat pelbagai jenis bawang yang ada di pasaran antaranya bawang merah, bawang besar, bawang putih, bawang kuning dan sebagainya. Bawang merupakan dari genus Allium dengan pelbagai spesis berbeza iaitu allium cepa, allium sativa dan sebagainya. Ia sering digunakan di dalam penyediaan makanan samada sebagai sayur atau perencah/ penambah rasa semulajadi dalam masakan. Kandungan nutrisi beberapa jenis BAWANG : Nilai nutrisi untuk 100g BAWANG BESAR (Allium cepa) adalah 53 kalori membuatkan ia bukan sahaja merupakan makanan rendah kalori malah secara semulajadi ia juga bebas lemak. Disamping itu, bawang besar juga mengandungi vitamin C (8.4mg), potassium (11mg) dan serat (0.6 g). Nilai nutrisi untuk 100g BAWANG MERAH (Allium fistulosum) adalah 62 kalori. Selain itu, bawang kecil mengandungi vitamin C (12.4mg), potassium (279mg) dan serat (0.6 g). Nilai nutrisi untuk 100g BAWANG PUTIH (Alliun sativum) pula adalah 159 kalori . Bawang putih juga merupakan sumber vitam

VITAMIN K : FUNGSI & SUMBER

Image
  Apa Fungsi Vitamin K. Apa sumber makanan yang mengandungi tinggi Vitamin K?. Jom ambil tahu.

OFFICIAL LAUNCH : WORLD CANCER DAY

Image
Join us on Facebook Live as we officially launch the final year of the #WorldCancerDay #IAmAndIWill campaign. 22 Sep, 3pm CET. Watch Video:  Official Launch: World Cancer Day

SIMPTOM DEHIDRASI

Image
Cuba tengok ada tak simptom ni...kalau ada mungkin sebab kurang minum air....minum air kosong cepat

CAN A CHILD CANCER BE CURED?

Image
  Watch Video :  Can A Child Cancer Be Cured?

MANAGING A "PICKY EATER" IS YOUR CHILD RELUCTANT TO TRY CERTAIN TYPES OF FOOD?

Image
  Is your child a picky eater? Here are a few tips to increase your child’s food intake.

BAU VS KHASIAT PETAI

Image
Walaupun bau petai membuatkan sesetengah individu kurang selesa, namun tiada siapa dapat menafikan khasiat petai. Jika anda kurang selesa selepas makan petai, minum kopi tanpa gula dapat membantu mengurangkan bau petai.

KENAPA PENJAGAAN TAHAP KOLESTROL PENTING?

Image
Ubah gaya hidup anda sebelum terlambat. Kolestrol yang berlebihan dalam badan boleh menyebabkan anda mendapat strok, risiko serangan strok malah obesiti.Antara makanan yang mempunyai kolestrol termasuklah: -Organ dalaman (otak, jantung, limpa, buah pinggang, hati, telur ikan) -Kepala ikan bilis dan udang -Telur dan produk yang mengandungi telur seperti mayonis. Ingat, kolestrol tinggi adalah ancaman kepada nyawa anda. Jadi kurangkan pengambilan makanan seperti ini dan jangan lupa untuk bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari.

NAK TURUN BERAT??

Image
Dah dekat waktu lunch ni, nak makan apa nanti? Perubahan kecil yang anda lakukan dalam pemilihan makanan hari ini mungkin memberi hasil yang lebih besar!

TIPS MENGGALAKKAN WARGA EMAS MAKAN

Image
Warga emas adalah golongan yang paling cenderung untuk mendapat masalah malnutrisi. Malnutrisi adalah keadaan ketidakseimbangan pemakanan, sama ada seseorang individu itu kekurangan nutrien atau berlebihan nutrien berbanding dengan jumlah yang diperlukan oleh tubuh.Pengambilan makanan warga emas dipengaruhi oleh perubahan-perubahan yang berlaku di usia tua seperti pengurangan deria rasa dan bau yang menjejaskan selera untuk makan.  Berikut adalah tips untuk menggalakkan mereka makan. Pastikan konsep suku-suku separuh dipraktiskan didalam hidangan menu harian bagi memastikan keperluan tenaga dan nutrien seharian dapat dipenuhi.

DISLEKSIA

Image
Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku.Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh. Antara ciri-ciri Disleksia adalah lambat bertutur, sukar menulis nama sendiri, sukar mengenal bentuk atau warna, tidak suka membaca, mengelak dari membaca, menulis, mengeja atau mengira, silap membaca huruf, perkataan atau nombor, membaca secara terbalik (15 menjadi 51, 'was' menjadi 'saw'), kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut atau keliru dengan konsep masa (semalam, kelmarin, hari ini, esok). Namun begitu, ada langkah-langkah pemulihan yang ibu bapa boleh pelajari. Bantu anak-anak ini menguasai maklumat secara beransur-ansur atau gunakan video ketika mengajar mereka.

GUIDELINES FOR ENTERING / EXITING MALAYSIA

Image
 

KESAN PENGGUNAAN GAJET KE ATAS MATA KANAK-KANAK

Image
Penggunaan gajet dalam tempoh yang lama boleh memberi kesan kepada saraf mata ataupun bebola mata. Malah, perkara ini turut membuatkan mata kita jadi lebih cepat kering selain mengganggu penglihatan. Anak-anak kecil kita yang sering menggunakan gajet seperti telefon pintar ataupun 'tablet' tanpa pengawasan akan mendapat kesan sampingan ini apabila umur mereka meningkat dewasa. Nak bagi anak ataupun kita sendiri guna gajet boleh, tapi awasi tempoh penggunaannya.

SUSU BUKAN MAKANAN UTAMA KANAK-KANAK 1-3 TAHUN

Image
Anak susah nak makan? Anak terlalu memilih makanan? Cuba periksa kekerapan dan jumlah anak minum susu. Jangan tak percaya tau..ada yang sampai 10 botol susu sehari. Bila dah kenyang dengan susu akan menyebabkan anak tak mahu makan. Susu bukan lagi makanan utama anak selepas berumur 1 tahun. Susu adalah bertindak sebagai sumber utama kalsium kepada anak yang penting dalam pembentukan tulang dan gigi dan bukan sebagai sumber utama tenaga kepada anak. Galakkan anak untuk "explore" pelbagai rasa dan tekstur daripada pelbagai jenis makanan. Bukan pilih jalan "short cut" bagi susu bila anak lapar, ok!

LET'S REVISIT THE BASICS : HOW TO HANDWASH?

Image
Let’s revisit the basics: How to handwash? Use soap and water for at least 40-60 seconds.

KEKAL BEBAS COVID-19

Image