TATACARA MENGURUSKAN KES-KES LEMBAGA PERUBATAN KWSP
Hospital tertentu di Kementerian Kesihatan Malaysia telah dilantik oleh pihak KWSP untuk mengurus Persidangan Lembaga Perubatan KWSP. Lembaga Perubatan KWSP ini ditubuhkan untuk menentukan tahap kesihatan/kecederaan pencarum KWSP yang memohon pengeluaran wang simpanan KWSP.
Senarai Penyakit Yang Diluluskan
Senarai penyakit kritikal yang diluluskan oleh Lembaga KWSP adalah seperti berikut:
Anggota Lembaga Perubatan KWSP
Ahli Lembaga Perubatan KWSP terdiri dari 3 orang yang melibatkan:
Pengerusi: Pengarah Hospital/Timbalan Pengarah/Wakil
Ahli: Pegawai Perubatan Pakar dalam bidang berkenaan Pegawai Perubatan/Pegawai Perubatan Pakar
Lembaga Perubatan KWSP ini dilantik oleh Pengarah Hospital. Jika tiada pakar yang berkenaan di hospital tersebut pakar dari hospital lain akan dijemput.
Pengerusi Lembaga Perubatan KWSP
Pengarah Hospital adalah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Perubatan KWSP. Apabila ketiadaan Pengarah Hospital, Timbalan Pengarah Hospital atau Pegawai Perubatan yang menjalankan tugas Pengarah Hospital akan menjalankan tugas sebagai Pengerusi Lembaga Perubatan KWSP.
Penentuan Kepakaran
Ketua Unit/Jabatan Rekod Perubatan atau pegawai yang dilantik akan meneliti permohonan dari KWSP dan laporan yang dsertakan bagi mengenalpasti kepakaran yang terlibat.
Pemilihan Pegawai Perubatan Pakar dan Pegawai Perubatan
Permohonan beserta laporan perubatan dan RPP akan dihantar kepada Ketua Jabatan yang terlibat. Ketua Jabatan tersebut atau pegawai yang dilantik akan mencalonkan Pegawai Perubatan Pakar dan Pegawai Perubatan yang sesuai untuk menganggotai Lembaga Perubatan KWSP yang akan bersidang.
Tarikh dan Tempat Persidangan
Tarikh dan tempat Persidangan Lembaga Perubatan KWSP akan ditentukan oleh Pegawai Perubatan Pakar yang berkenaan.
Persidangan Lembaga Perubatan KWSP
Ketua Unit/Jabatan Rekod Perubatan akan mengemukakan maklumat anggota Lembaga Perubatan KWSP, tarikh dan tempat bersidang kepada Pengarah Hospital. Satu surat pemberitahuan tarikh dan tempat persidangan Lembaga Perubatan KWSP akan dihantar kepada KWSP dan salinkan kepada Anggota Lembaga Perubatan KWSP yang terlibat. Pihak KWSP akan menghantar surat panggilan kepada pesakit yang berkenaan dan akan hadir bersama pesakit pada sesi persidangan.
Ahli Lembaga Perubatan akan meneliti laporan perubatan, RPP dan juga membuat pemeriksaan fizikal keatas pesakit. Ujian-ujian lain akan dibuat jika perlu. Hasil pemeriksaan didokumenkan dan Laporan Lembaga Perubatan KWSP akan disediakan menggunakan format yang disediakan oleh KWSP.
Sources: http://www.myhealth.gov.my/tatacara-menguruskan-kes-kes-lembaga-perubatan-kwsp/
Comments
Post a Comment