DISLEKSIA

Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku.Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh.

Antara ciri-ciri Disleksia adalah lambat bertutur, sukar menulis nama sendiri, sukar mengenal bentuk atau warna, tidak suka membaca, mengelak dari membaca, menulis, mengeja atau mengira, silap membaca huruf, perkataan atau nombor, membaca secara terbalik (15 menjadi 51, 'was' menjadi 'saw'), kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut atau keliru dengan konsep masa (semalam, kelmarin, hari ini, esok).

Namun begitu, ada langkah-langkah pemulihan yang ibu bapa boleh pelajari. Bantu anak-anak ini menguasai maklumat secara beransur-ansur atau gunakan video ketika mengajar mereka.



Comments

Popular posts from this blog

PERMOHONAN PENCEN ILAT KE PERKESO

TATACARA MENGURUSKAN KES-KES DOKTOR PERKESO DI HOSPITAL KKM

6 SENAMAN KEKAL CERGAS DI PEJABAT