TEMBAKAU DAN PENYAKIT JANTUNG

Setiap tahun 1.9 juta kematian berlaku kerana penyakit jantung yang berpunca dari tembakau. Ini bersamaan satu dari lima kematian dari penyakit jantung.

Merokok beberapa batang rokok sehari, perokok sosial atau pendedahan kepada asap rokok sekunder mampu meningkatkan risiko penyakit jantung. Pengurangan 50% risiko penyakit jantung boleh dikurangkan selepas setahun sekirannya pengguna tembakau berhenti merokok.

Penggunaan tembakau tanpa asap pula menyebabkan kira-kira 200 000 kematian akibat masalah salur koronari jantung setiap tahun. Rokok elektronik juga meningkatkan tekanan darah tinggi yang juga meningkatkan risiko penyakit jantung.

Kini, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung meningkatkan risiko penyakit COVID-19 yang lebih parah/teruk. Melalui pemerhatian WHO, 67% kes kematian COVID-19 di itali mempunyai tekanan darah tinggi dan 43% kes kematian COVID-19 di Sepanyol adalah pesakit jantung.
Kawalan tembakau adalah kunci kepada penurunan kes penyaki jantung. Ia termasuk peningkatan Cukai rokok, larangan iklan rokok dan perkhidmatan berhenti merokok membantu perokok untuk berhenti.

Comments

Popular posts from this blog

PERMOHONAN PENCEN ILAT KE PERKESO

TATACARA MENGURUSKAN KES-KES DOKTOR PERKESO DI HOSPITAL KKM

6 SENAMAN KEKAL CERGAS DI PEJABAT