Pengenalan Ilat adalah keuzuran yang berlaku kepada seseorang secara serius hingga menjadi kekal atau tidak mungkin sembuh mengakibatkan seseorang tidak mampu mencari nafkah seperti mana keupayaan seseorang yang normal. Menurut Kamus Dewan Bahasa, mengistilahkan ilat sebagai sebab yang mengakibatkan sesuatu kecelakaan, kerugian atau tidak dapat bekerja lagi kerana cacat anggota badan disebabkan sesuatu perkara seperti kemalangan, kecelakaan, malapetaka atau penyakit yang kronik sebagai sebab yang mengakibatkan keuzuran anggota badan yang serius. Seseorang pekerja selain dari kategori yang dikecualikan daripada liputan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan akan menerima faedah dari Skim Keilatan yang telah diperkenalkan sejak penubuhan nya pada tahun 1971. PERKESO berperanan mentadbir, melaksana dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Peraturan-peraturan Am Sosial Pekerja 1971. Majikan berperanan melaksanakan t
Comments
Post a Comment