HARI HEMOFILIA SEDUNIA - 17 APRIL 2023

Hemofilia adalah penyakit yang ada sejak dilahirkan. Ia tidak boleh berjangkit daripada seseorang.

Bagi pesakit Hemofilia, mereka mengalami kekurangan faktor pembekuan darah. Jadi, penghidap Hemofilia akan mengalami pendarahan berlanjutan walaupun jika mengalami luka kecil.
Tahap keterukan penyakit ini bergantung kepada peratus faktor pembekuan yang berfungsi di dalam darah pesakit. Sekiranya mengalami pendarahan, pesakit haemophilia perlu dirawat segera dengan factor pembekuan darah dan diikuti P.R.I.C.E untuk mengurangkan serta memulihkan sendi atau tempat yang mengalami kecederaan / pendarahan.
Dikongsikan kaedah P.R.I.C.E bagi merawat pesakit Hemofilia sekiranya mereka mengalami pendarahan.
Rawatan yang cepat dan mencukupi ini boleh mengelakkan komplikasi seperti kecacatan kekal pada anggota badan pesakit.




Comments

Popular posts from this blog

PERMOHONAN PENCEN ILAT KE PERKESO

TATACARA MENGURUSKAN KES-KES DOKTOR PERKESO DI HOSPITAL KKM

6 SENAMAN KEKAL CERGAS DI PEJABAT