HARI KESEDARAN KECACATAN JANTUNG KONGENITAL

Hari Kesedaran Kecacatan Jantung Kongenital (CHD) disambut setiap tahun bagi memberi kesedaran tentang penyakit CHD ini.

Jantung adalah salah satu organ penting dalam tubuh kita.
Di Malaysia, kecacatan jantung sejak lahir (kongenital) terjadi dalam 8 per 1,000 kelahiran.
  • Pengesanan awal penting untuk rawatan awal dan mengurangkan risiko komplikasi kepada bayi.
  • Pengesanan awal juga memberi peluang persedian kepada ibu bapa untuk menerima kehadiran bayi ini
Kesedaran mengenai masalah kecacatan jantung kongenital ini penting kepada semua ibu bapa supaya pengesanan, rawatan dan persediaan awal dapat membantu keluarga dan anak-anak ini.

"Kadangkala, wira-wira sebenar adalah anak-anak kecil yang bertarung dalam pertempuran besar."


Penyakit Jantung Kongenital (CHD) adalah malformasi struktur jantung atau pembuluh darah besar yang wujud sejak lahir. Penyakit ini boleh berlaku dalam tiga bentuk utama iaitu:
  • Lubang dalam jantung
  • Penyumbatan aliran darah
  • Kekurangan oksigen dalam darah
Rawatan bergantung pada jenis dan keterukan keadaan CHD. Sesetengah kanak-kanak tidak memerlukan sebarang rawatan manakala yang lain mungkin memerlukan ubat atau pembedahan jantung.

Ketahui tanda-tanda kecacatan jantung pada bayi dan dapatkan bantuan perubatan profesional bagi wira kecil anda.



Comments

Popular posts from this blog

PERMOHONAN PENCEN ILAT KE PERKESO

TATACARA MENGURUSKAN KES-KES DOKTOR PERKESO DI HOSPITAL KKM

6 SENAMAN KEKAL CERGAS DI PEJABAT