Pengenalan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mempunyai dua skim utama iaitu Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan. Pekerja yang ditimpa bencana dan mempunyai caruman PERKESO adalah layak untuk memohon bantuan skim tersebut. Pesakit tersebut akan dirujuk kepada Jemaah Doktor Perkeso yang ditubuhkan di hospital yang berkaitan. Sebelum dirujuk kepada Jemaah Doktor, pesakit perlu memohon Laporan Perubatan di hospital dengan menggunakan borang yang disediakan oleh Perkeso. Pemohon perlu membuat laporan bencana terlebih dahulu kepada Pejabat PERKESO yang berdekatan. Pihak PERKESO akan menentukan jenis borang Laporan Perubatan PERKESO mengikut tujuan tuntutan. Jenis Laporan Perubatan PERKESO yang biasa dibuat adalah seperti berikut: Laporan Perubatan untuk tuntutan Faedah Hilang Upaya Kekal. Laporan Perubatan Untuk Memohon Pencen Ilat Laporan Perubatan Untuk Memohon Penyakit Khidmat PERKESO : Borang-Borang Pesakit akan menghantar Laporan Perubatan ya...
Pengenalan Ilat adalah keuzuran yang berlaku kepada seseorang secara serius hingga menjadi kekal atau tidak mungkin sembuh mengakibatkan seseorang tidak mampu mencari nafkah seperti mana keupayaan seseorang yang normal. Menurut Kamus Dewan Bahasa, mengistilahkan ilat sebagai sebab yang mengakibatkan sesuatu kecelakaan, kerugian atau tidak dapat bekerja lagi kerana cacat anggota badan disebabkan sesuatu perkara seperti kemalangan, kecelakaan, malapetaka atau penyakit yang kronik sebagai sebab yang mengakibatkan keuzuran anggota badan yang serius. Seseorang pekerja selain dari kategori yang dikecualikan daripada liputan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan akan menerima faedah dari Skim Keilatan yang telah diperkenalkan sejak penubuhan nya pada tahun 1971. PERKESO berperanan mentadbir, melaksana dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Peraturan-peraturan Am Sosial Pekerja 1971. Majikan berperanan melaksanak...
Cadangan pelaksanaan Generasi Penamat Rokok yang bertujuan melindungi individu yang dilahirkan selepas 1 Januari 2007 daripada membeli, menjual dan menggunakan semua jenis produk merokok termasuk rokok elektronik atau vape merupakan satu langkah yang tepat untuk melahirkan generasi yang bebas tanpa amalan merokok. Namun, proses untuk berhenti merokok bukanlah sesuatu yang mudah kepada seseorang perokok dan memerlukan komitmen serta keazaman yang tinggi bagi melaksanakannya. Oleh itu, terdapat beberapa langkah yang boleh diamalkan untuk menuju generasi masa hadapan yang bebas tanpa sebarang amalan merokok demi kesihatan dan kesejahteraan semua.
Comments
Post a Comment