MINGGU KESEDARAN ANTIMIKROB SEDUNIA : 18-24 NOVEMBER 2021

Kerintangan antimikrob terus menjadi ancaman kepada penjagaan kesihatan global. Kerintangan antimikrob berlaku apabila ubat sedia ada tidak lagi berkesan terhadap mikrob iaitu bakteria, virus, parasit dan kulat.

Ini terjadi akibat pelbagai faktor seperti penggunaan berlebihan dan penyalahgunaan ubat ini kepada manusia, haiwan dan tanaman. Amalan preskripsi yang tidak betul serta pengambilan ubat yang tidak mengikut saranan yang ditetapkan turut menyumbang kepada kerintangan antimikrob ini.

Sempena Minggu Kesedaran Antimikrob Sedunia, bersama kita tingkatkan kesedaran tentang penggunaan ubat anti-mikrob yang betul bagi membendung masalah ini.



Comments

Popular posts from this blog

PERMOHONAN PENCEN ILAT KE PERKESO

TATACARA MENGURUSKAN KES-KES DOKTOR PERKESO DI HOSPITAL KKM

6 SENAMAN KEKAL CERGAS DI PEJABAT