CARTA ALIR PENGURUSAN PENGEMBARA YANG MASUK KE MALAYSIA DARI LUAR NEGARA DENGAN KEPUTUSAN PCR COVID-19

Sebelum berlepas, pengembara yang masuk ke Malaysia dari luar negara perlu memuat turun dan mengisi deklarasi kesihatan dalam aplikasi MySejahtera dan menjalani ujian swab RT-PCR COVID-19 dalam tempoh 3 hari sebelum berlepas.

Apabila tiba di Malaysia, pengembara perlu mengimbas kod QR MySejahtera untuk “Pengembara Luar Negara” dan menjalani saringan suhu dan gejala.

Pengembara Bergejala :

Pengembara akan diuruskan oleh Pengurusan pengembara bergejala

Pengembara Tidak Bergejala :

1. Mempunyai keputusan laporan ujian makmal COVID-19 : 

Pengembara perlu melalui proses kuarantin wajib 7 hari dan ujian swab RTK-Ag / RT-PCR pada hari ke-5 kuarantin. Pelepasan kuarantin adalah pada hari ke-7.

2. Tidak mempunyai keputusan laporan ujian makmal COVID-19 :

Pengembara perlu menjalani ujian swab RT-PCR semasa ketibaan dan menjalani kuarantin wajib 10 hari. Ujian swab RTK-Ag / RT-PCR akan dilakukan pada hari ke-8 kuarantin. 

Pelepasan kuarantin adalah pada hari ke-10. Walaupun tempoh kuarantin telah disingkatkan ke 10 hari, namun pengembara perlu meneruskan penilaian kendiri sehingga hari ke-14.


Pengurusan pengembara yang masuk ke Malaysia dari Luar Negara bermula 14 Disember 2020.

Mempunyai keputusan laporan ujian makmal COVID-19:
  •  Kuarantin wajib 7 hari
  •  Ujian swab RTK-Ag / RT-PCR pada hari ke-5.
  •  Pelepasan kuarantin pada hari ke-7.
  •  Teruskan penilaian kendiri sehingga hari ke-14.
Tidak mempunyai keputusan laporan ujian makmal COVID-19:
  •  Ujian swab RT-PCR semasa ketibaan
  •  Kuarantin wajib 10 hari.
  •  Ujian swab RTK-Ag / RT-PCR pada hari ke-8
  •  Pelepasan kuarantin pada hari ke-10.
  •  Teruskan penilaian kendiri sehingga hari ke-14.

Management of Travellers Entering Malaysia from other countries starting 14 December 2020.


Tempoh kuarantin wajib dikurangkan daripada 14 hari ke 10 hari bagi

Individu yang pulang dari luar negara
Kontak rapat kes positif di MalaysiaBersama putuskan rantaian COVID-19




Comments

Popular posts from this blog

PERMOHONAN PENCEN ILAT KE PERKESO

TATACARA MENGURUSKAN KES-KES DOKTOR PERKESO DI HOSPITAL KKM

6 SENAMAN KEKAL CERGAS DI PEJABAT