Penyakit Kawasaki adalah sindrom yang tidak diketahui puncanya. Penyakit Kawasaki merupakan faktor utama penyakit acquired heart disease dalam kalangan kanak-kanak, dan biasanya menyerang kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Dapatkan rawatan segera sekiranya anak anda mengalami sebarang gejala klinikal ini. Rawatan awal mampu mengurangkan risiko komplikasi jantung dengan ketara kepada anak anda. Penyakit Kawasaki adalah sindrom yang tidak diketahui puncanya yang kebanyakannya menyerang kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Antara gejala klinikal penyakit ini termasuk: demam berlarutan lima hari atau lebih ruam kemerahan pada mata, tangan, kaki, mulut, dan lidah bengkak kelenjar di leher Walaupun penyakit ini boleh sembuh dengan sendirinya, namun risiko komplikasi jantung dapat dikurangkan dengan ketara dengan rawatan awal. Dianggarkan, 15-25% daripada mereka yang mengalami penyakit Kawasaki yang tidak dirawat akan mendapat komplikasi jantung. Oleh itu, segera dapatkan rawatan susulan se